Thursday, July 24, 2008

Karnival Sukan Tadika Elit Ilmi 2008







Karnival Sukan Tadika Elit Ilmi 2008 yang berlangsung pada 25 Julai 2008 di Dewan Kilat kuarters TNB, Paka mendapat sambutan hangat di luar jangkaan dan jelas mencapai sasaran objektifnya ke arah memupuk gaya hidup sihat dan membentuk cergas fizikal & cerdas minda di kalangan pelajar. Hampir 80 orang peserta dan ibu/bapa menghadiri majlis sukan tersebut.

4 Kontingen (Biru, Merah, Kuning dan Hijau) yang diwakili oleh seramai 40 pelajar Tadika Elit Ilmi berumur 4--6 tahun telah menceriakan aktiviti sukan tersebut. 4 acara utama -- lari bawa bola ping pong dalam sudu, lari tarik bola guna gelung, isi air dalam botol dan junjung bunjut kacang. Tidak kurang juga ditambah dengan acara untuk pasangan ibu/bapa iaitu berdiri sambil makan buah epal. Kontijen Kuning dinobatkan sebagai juara keseluruhan diikuti rapat oleh kontijen Biru, Merah dan Hijau di tempat ke-2, ke-3 dan ke-4 dan sementara itu johan perbarisan diungguli oleh kontijen Merah. 10 hadiah hampers telah diberikan kepada ibu/bapa pelajar yang berjaya dalam cabutan bertuah. Syabas kepada semua !.

Pihak penganjur / Tadika Elit Ilmi merakamkan jutaan terimakasih kepada semua ibu/bapa dan pelajar-pelajar yang telah menjayakan program di atas. Tanpa komitmen semua, program tersebut tidak akan berjalan dengan lancar.