Wednesday, July 30, 2008

Ucapan Pengetua


Assalamualaikum wbt. dan selamat siang!

Alhamdulilah dengan izin Allah pihak Tadika Elit Ilmi dapat menyiapkan laman web ini bertujuan menyediakan satu media komunikasi bagi menyalurkan maklumat dan aktiviti terkini yang dijalankan oleh pihak kami. Ianya diharapkan akan membolehkan ibu/bapa untuk memperolehi lebih maklumat berkenaan dengan program semasa dan juga program yang bakal dijalankan.

Insya'allah, pihak Tadika akan terus memberikan bimbingan dan komitmen yang terbaik untuk pelajar-pelajar dalam segala hal dan seterusnya memenuhi amanah yang telah diberikan oleh pihak ibu/bapa.

Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada semua ibu/bapa yang telah memberi kepercayaan kepada pihak kami.

Yang putih itu susu, Yang merah itu saga, Yang cantik itu ilmu, Yang indah itu bahasa !
Wassalam.

Info Tadika Elit Ilmi





Latar belakang Tadika Elit Ilmi
Tadika Elit Ilmi yang berlokasi di Taman Perumahan UDA, Paka Terengganu telah ditubuhkan dan memulakan operasi pada tahun 2007. Diterajui oleh Pn Azlina Mohamad selaku Pengetua (Principal) dan dibantu oleh empat (4) tenaga pengajar yang berpengalaman iaitu Pn. Belle, Cik Murni, Cik Nik Sham, Ustazah Norlida dan seorang pembantu iaitu Cik Masnida. Tadika ini menyediakan khidmat pendidikan untuk pelajar pra-sekolah yang berumur 4- 6 tahun. Skop pembelajaran merangkumi penulisan, pembacaan dan pengiraan yang diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Terengganu. Kini jumlah pelajar (4-6 tahun) di Tadika ini meningkat kepada 40 orang.

Logo
'Dolphin memakai topi graduan' menjadi logo Tadika Elit Ilmi yang secara simboliknya melambangkan kebijaksanaan (elit) dan kecemerlangan ilmu.

Visi
ELIT ILMI MENJANA INSAN CERDIK

Misi
ELIT ILMI MENGGUNAKAN KEPAKARAN DAN KEILMUAN PENDIDIKAN MENERUSI PENDEKATAN STRATEGI YANG SEIMBANG DAN MENYELURUH YANG DI HASRATKAN OLEH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

Objektif
1) Memberi jaminan terhadap tahap pencapaian pembelajaran dari 90% - 95%.
2) Memberi mutu perkhidmatan yang baik serta dapat memberi kepuasan pada ibu bapa dengan minima 95%.
3) Mempunyai masa depan yang cerah untuk guru-guru dalam membina kerjaya.
4) Mengurangkan kadar penukaran guru seminima 5%.
5) Menambahkan kemasukan kanak-kanak sekurang-kurangnya 20% setiap tahun.
6) Menyediakan kemudahan yang lebih baik dan lengkap serta mengemaskinikan sistem pengurusan.

Subjek dan pendaftaran

Subjek yang diajar termasuklah :-

  • Bahasa Melayu (Bacaan) - Siri buku bacaan Beginilah caranya sayang (Jabatan Pendidikan Terengganu)
  • English (Reading) - Lady book series dan phonics (certificated from Smart Reader worldwide)
  • Mathematics dan Arithmetic - Text book series Based on Mental Arithmetic (+ Sempoa)
  • Agama Islam, Jawi, Bahasa Arab
  • Science dan Arts & craft
  • Aktiviti tambahan (optional) - Taekwando

Waktu pembelajaran bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Makanan untuk pelajar disediakan oleh pihak Tadika pada jam 10.00 pagi. Bayaran bulanan pelajar ialah RM180.00. Karnival Sukan dan majlis graduasi pelajar merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak Tadika.

Pendaftaran pelajar baru (berumur 4-6 tahun) untuk sesi 2009 akan dibuka pada bulan Oktober 2008. Insuran untuk pelajar dimasukkan secara otomatik semasa pendaftaran. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak kami di no talipon 09-8275911.

Tuesday, July 29, 2008

Thursday, July 24, 2008

Karnival Sukan Tadika Elit Ilmi 2008







Karnival Sukan Tadika Elit Ilmi 2008 yang berlangsung pada 25 Julai 2008 di Dewan Kilat kuarters TNB, Paka mendapat sambutan hangat di luar jangkaan dan jelas mencapai sasaran objektifnya ke arah memupuk gaya hidup sihat dan membentuk cergas fizikal & cerdas minda di kalangan pelajar. Hampir 80 orang peserta dan ibu/bapa menghadiri majlis sukan tersebut.

4 Kontingen (Biru, Merah, Kuning dan Hijau) yang diwakili oleh seramai 40 pelajar Tadika Elit Ilmi berumur 4--6 tahun telah menceriakan aktiviti sukan tersebut. 4 acara utama -- lari bawa bola ping pong dalam sudu, lari tarik bola guna gelung, isi air dalam botol dan junjung bunjut kacang. Tidak kurang juga ditambah dengan acara untuk pasangan ibu/bapa iaitu berdiri sambil makan buah epal. Kontijen Kuning dinobatkan sebagai juara keseluruhan diikuti rapat oleh kontijen Biru, Merah dan Hijau di tempat ke-2, ke-3 dan ke-4 dan sementara itu johan perbarisan diungguli oleh kontijen Merah. 10 hadiah hampers telah diberikan kepada ibu/bapa pelajar yang berjaya dalam cabutan bertuah. Syabas kepada semua !.

Pihak penganjur / Tadika Elit Ilmi merakamkan jutaan terimakasih kepada semua ibu/bapa dan pelajar-pelajar yang telah menjayakan program di atas. Tanpa komitmen semua, program tersebut tidak akan berjalan dengan lancar.


Ilmi kids in actions!






They are energetic and creative - cannot avoid from having fun everyday... but they are all actually learning. No effective learning without fun and no meaningful fun without learning!.





Majlis Graduasi Tadika Elit Ilmi 2007

Majlis graduasi 2007 Tadika Elit Ilmi buat julung kalinya telah diadakan pada bulan November 2007 bertempat di Rumbia Resort, Paka. Seramai 5 orang pelajar tadika (berumur 6 tahun) telah dengan jayanya menamatkan pembelajaran di Tadika tersebut. Mereka adalah produk graduan pertama Tadika Elit Ilmi dan kini sedang meneruskan pembelajaran tahun 1 di sekolah rendah sekitar kawasan Paka. Syabas Tadika Elit Ilmi !.